harini aku menyetelkan segala yang perlu setel kat rumah ni . bayar segala jenis bil yang ada. bil air , bil api , bil astro, bil streamyx . bil..angan angka nya banyak ..tapi takdala banyak sangat . boleh membayau lagi lee..lagipun bukan duit aku haha aku tukang beratur je *pejabat pos kat parit jawa ni still memakai konsep beratur ye hanak2, takde angka-angka giliran nehh*
selepas membayau segala bil , tiba-tiba aku terbukak pintu hati nak belikan mak mertua kain ela sepasang . dah nak raya ni tak sedap la tak bagi apa2 kat beliau ..kata sayang kat beliau , takkan takda apa nak bagi kan..kalau bagi lambat kang tak sempat nak dijahit pulak . untuk adik ipor ? yee ade jugakk... untuk AAH ? takdop . kalau aku belikan kang dia cakap aku ni membaziaq amalaniaq syaithoniaqqq ... so aku KIV dulu . beli untuk lady2 boss ni pastu baru la belikan pakcik nih .
belek punya belek dapat la sepasang . well , aku suka . sebab penat tau nak pilih baju yang tak nampak makcik sangat , and tak nampak muda sangat . kalau beli cerah-cerah hot2 nampak muda pulak . kalau beli suram2 sangat nampak macam dah tua sangat .. dahla aku pergi sorang je tadi kalau bawak mak mesti mak boleh tolong pilihkan .. =.="
untuk kesayangan .. aku rasa lawa la kot *mahal pun mahal haha* ni kalau untie2 dapat , untie2 suka ke tak eh .. ~
untuk adik ipar kesayangn Intan Alwani , aku just belikan shawl je.. shawl ni dah lama aku beli tapi tak pernah nak pakai .. sebab aku malas dah nak pakai shawl . AAH taksuka . well aku selalu dengar lelaki yang maskulin taksuka tengok perempuan pakai shawl .eh kenapa ea. whatever it is , shawl aku sangat banyak . tak terjamah dek anai-anai . rasa macam nak buat preloved je . tapi tak pandai lah . sedekah je kat hosmate sapa nak pakai, ambiklahh ...:)
shawl hijooo untuk Intan ! janji nak bagi lama dah tapi sorry tak terbagi-bagi ni baru sempat sorry ye ! *tapi janji haritu kalau pmr intan dapat full As.. tapi intan tak dapat full A patutnya tak boleh dapat :p *
oraitt done ! siap packing ! menujulah kamu kepada tuan yang empunya ! kirimkan rindu ai sekali ok ! *rindu lama tak jumpa ! * sob sobsssss
dikesempatan duk membelek2 kain baju tu , sempat la jugak aku beli kain langsir untuk rumah ni . Night curtain dah beli dah before ni pilih dengan abang aku kat astana moda melaka . day curtain ni bagi la aku sponsor pulak . nasib baik murah heeheee . rm3.50 semeter so aku beli 20meter . cukup la kot main hentam je .
tak kurang jugee aku membeli kain langsir untuk bilik aku pulak . bilik aku yang sekarang ni langsir warna yellowish orange sangatla tak match dengan warna bilik aku yang purplish pink neh . maka aku pun terbeli lah *boleh pulak terbeli kan* kain langsir lagii.... aku beli 9meter *balik rumah mak cakap 6meter pun cukup ..lebih 3 meter ni takkan nak jual balik*..
its pink actually . pink macam nak masuk ke purple la . i dislike pink but i dont know, for me , pink suits purple better . oh FYI ai suka purple colour :) and green as well . AAH ? black and white ..
orait itu sahaja untuk hari inii... hope untie zakila suka , intan pun suka . AAH sorry ayg KIV dulu tadi dah pilih tapi tak lawa . yang lawa pun tebal sangat takut abg panas berpeluh :) nanti kita beli lain kali yeeeee...
p/s : hati sentiasa tak tenang . sejak dua menjak ni semua benda buat pun tak pernah nya nak betul .


3 sakit gigi:
wah...bagusnye dia...cantik baju tu..
nape AAH xske tgok deqya pakai shawl? cantik pe!:)
well..baju tu cantik...!:)
wah cantik baju utk `mak mertua` tu..mak mertua mama dah tiada ..meninggal!! hu 2x..shawl tu nampak cantik..mama suka tgk org pakai shawl..nampak cantik tapi mama sendiri tak pakai..tak sesuai ngan mamalah !!..he2x..wah raya sakan tahun ni ya?..senangkan dah sedia kan awal2..taklah terkejar2 nanti...
Post a Comment