EF WAI AI ghumah aku pernah terbakau hangus rentung 90% masa aku form 2 , masa tu taun 2003 tak silap . aku taktau pun rumah aku terbakauuu, bileee trikh yang exact blablablaa sebab aku duduk asrama . aku pelajar tegar asrama smka maahad muar . nak carik yang paling otai memang susah sebab aku sorang je otai kat sana hahaa . ye la pakai telekung pun siap boleh panjat pokok pelam belakang asrama kan , aku la tu.. sampai kena getah pokok lagi . ok fine rumah terbakoo.. nak ceritee pasal rumah terbako ! fokus pelisss!
nak tambah drama lagi , ketika aku sedang menampo teman lelaki kesayangan ATEY HAMDAN di dalam kelas . tiba-tiba jiran lama aku masuk kelas aku . jiran lama maksudnya dia pernah berjiran dengan aku lepastu dia dah kaya tak hingat , dia pun meninggalkan kejiranan aku . dia masuk kelas aku buat muka sedih . lepas tu dia panggil-panggil nama aku .
"LEHA..LEHA...AKU ADA BENDA NAK CAKAP NI"
biasa la aku pun buat tak layann sebab aku perasan dia nak usha aku . aku pun teruskan la kekejaman aku menghentam teman lelaki atey hamdan dengan meja . lepastu dia sambung lagi ayat dia ..
"WEY, ADA BENDA TERJADI ANTARA FAMILY KO DENGAN FAMILY AKU"
dalam hati aku dah terpikiaq..watthewhat?? depa dah satukan kita ke ape ? haahaa bodoh kan tekaan aku.. tapi yang lagi bodoh jiran aku tu la .. sebab dia tak terus terang je kat aku , rumah aku terbako kan senang. takda aku nak menggapai impian tapi tanakk ponn sebab dia pernah ter buang air besar kat kelas masa darjah 1 hikhikk . jiran aku ni dia tak duk asrama . and dia pun sebaya aku . tambahan pula beliau masa kecik2 teman sepermainan aku sebab mak aku yang jaga dia ni . *dia pernah mandi bogel dengan aku (masa kecik !!) lepastu pergi cerita kat batch aku macam harammm malu aku sebulan*
dia cakap camtu je pastu dia blah.. aku terpinga-pinga weh ! aku pon berdebaq-debaqq laa kann .. habeh sekolah aku teruih p public phone , call humoh aku. tapi takda orang jawab . lagi gwa ketarr .. pastu tah camana aku boleh pulak terpikiaq nak call jiran aku yang aku tak berapa nak rapat tapi aku ingat number phone rumah tu sebab aku minat kat anak dia sumpah hensem mak datok . pastu tup-tap nak jadik ceghitaa, mak aku yang jawab .. lagi berderau der.
"EH MAK..KENAPA MAK KAT SINI?"
"KO CALL SINI KENAPA??"
"TAK..KENAPA MAK KAT SINI??"
"RUMAH KITE TERBAKAR SEMALAM...TSKTSKTSK (mak nangis)"
tapi aku tak nangis .. aku terus tension..nak tau ape aku jawab ?? aku jawabb...
"ALAAA CAMANA NAK PERGI ROMBONGANN NIII... BAJU TAKDEEE...KAMERA PUN XDEEEE..CAMANA NIII"
pergh anak kurang hajar , aku la tu . orang tengah sedih2 aku buat sandiwara celaka hok gini .. kesian mak akuuu tengah nangisss...mak pun jawab...
"TAKPA RAMAI ORANG BAGI BAJU NANTI KAU PILIH LA..."
masa ni baru aku nangis .. rumah terbakar .. tak sangka benda ni boleh jadi kat family aku .. tapi alhamdulillah semua selamat sebab mak n abah takda kat rumah, pergi jb masa tu .. and abang2 aku lepak rumah kawan2 dia . anak degil la katakan . sama la dengan aku . aku memang taktau pape, and abang aku cerita mak aku pengsan , trauma .
ESOK HARI NYEEE.. kat dalam kelas aku..tengah belajar geografi.. dengan cikgu Rosmizana Yahya .. aku tengah sibuk mengumpat dengan ATEY HAMDAN .. memang bising la mulut aku dengan si pateha ni . tiba-tiba senior aku masuk senior form 4 lelaki, pengawas . lupa nama dia apa . hensem gak. dia bawak tabung .. KETUK KETAK KETUK KETAK duk ketuk pintu kelas aku 2 mujahid .
"ASSALAMUALAIKUM.. DIMINTA JASA BAIK PARA PELAJAR SEMUA UNTUK MEMBERI SEDIKIT SUMBANGAN DERMA KEPADA MADIHAH AHMAD ....."
aku dengan ateyhamdan gelak2 .. ATEY HAMDAN cakap ..
"APE LA MADIHAH AHMADD...MADIHAH MOKHTAR LAAA...BONGOK TOII"
hahahahahhaha kami bergelak ketawa kan si pengawas mata sepet ni sebab salah sebut nama . madihah mukthar ni senior aku , dia sakit barah apa tah aku lupa ..
pengawas tu sambung lagi ayat dia...............
"..............................KERANA RUMAHNYA TERBAKAR 2 HARI LEPASS"
aku pun dengan bangangnye menjawab
"EH TU AKU LAA.. SOLEHA AHMAAD.. RUMAH AKU LA YANG TERBAKOR"
emaakk aii..pengawas tu bengang lagi buat kali ke dua. aku boleh siap gelak pulak kann... haha padahal aku yang ditimpa malapetaka .
untuk tambah daramatisnye lagii...pasal rumah terbakoo jugak laaa festime nye aku kena panggil masuk bilik cikgu hal ehwal pelajar (cikgu HEP) sebab nak siasat betul ke tak rumah aku terbako. pastu bila aku cakap tah cikgu saya pun taktau rumah saya terbako . saya dengar cerita jiran saya je. hahaha pastu habeh jiran aku tu kena panggil jugak . cikgu ingat aku buat cerita ke hape hagaknye . yela benda mintak2 derma ni bukan boleh buat main kaann..
hahahha begitulah alkisahnyaaa...kisah sedih gelak guling guling nii AAH pun taktauuu... diaa tak da tanya aku apekah perkara paling sedih yang pernah aku hadapi sepaanjang hidup, so aku pun malas nak cerita hehhehe...
ok bye ! harap dapat cari la kat mana2 , iktibar dri cerita aku.
oh baideway , aku dapat jugak pergi rombongan kelas aku tu..ala pergi kelantan terengganu kl .. baju ? baju sedekah la aku pakai..sedih siott.kamera? aku beli baru .. tapi...sebijik macam yang dah terbakor dulu...
SEKIAN
p/s: aku sekarang dah pindah rumah baru.


2 sakit gigi:
glamor pula tiba2 yer...belum lagi wartawan tanya..hehe..
pocket buleh bayangkan betapanya sedih kalau umah tebakor, semua yang diusahakan, hilang gitu jer..
n bila tengok the remainings, terasa punah ranah jiwa raga ni.
mesti sedih.
tapi kamu? dok pikir pasal rrombongan. hoh!!
kesian senior bermata sepet.
dia mesti bengang :D
Post a Comment