di kebun tersebut , terdapat pelbagai sayur-sayuran, bunga-bungaan, buah-buahan malahan haiwan ternakan haahaa. kebun abah tu abah beli sendiri bukan kebun pusaka tapi suatu hari nanti insyaAllah akan bergelar kebun pusaka la . jahat tak ayat aku ?
hari-hari datang pun mesti buat benda yang sama , bagi ayam makan ... petik nenas ...bagi ikan makann...petik pucuk ubii...ambik pisang tandukk...petik cili apiii...cuma kadang2 kalau ada musim buah , bolehla petik pulasaaann..petikk rambutannn..tu pun kalau sempat nak jamah , sebab banyak tupaiii yang kelaparann..
menternak nenas sarawak . besar gila gergasi nenas ni .
suku ekar je pun tanam macam-macam ni . lain2 ekar semua kelapa sawit ... abah upah orang menyawit.. dulu abah buat sendiri..tapi sekarang, upahkan jela sebab dah malas kot haaha . duit tepi ? ermm.. ada la sikit.. cukupla buat beli tv LG plasma scarlet.. cewah . tapi takda pun benda tu kat rumah . abah kedekutt or dalam bahasa melayu yang lebih sopan , abah berjimatt :)
gegerl ayam dan beboyy ayam yang kelaparan.. ayam kampung je sayang.. ramai yang suka . i ? tengokla kalau masak sedap, i suka la hehe
best kalau pergi kebun . aku tengok-tengok je pun . melawat macam mandur . kadang2 je petik pucuk ubi sebab nak masak . kadang gak aku menjala ikan tilapia tu pun sebab kelaparan gak hehehe.. best rasa bila makan hasil usaha sendiri ceh bukan hasil usaha aku pun .
pusat penternakan ikan haahaa eh asyik ketawa je aku padahal mana lawak pun. stor tu abah buat sendiri . abah bukan setakat jurutera electrik malahan juga boleh jadi buruh binaan :p
menternak ikan jugak . ikan ape ? ntah mak cakap ikan merah . taktau la . ikan merah hidup ke dalam air takung camni ? ikan tilapia pun ada jugak . 2 kanvas .
okay hasil nenas untuk harini . hari2 ada kutipan . semua ni tak makan pun . bagi jiran jemiran . haahaa jemiran .
dulu abah ada perancangan nak buat rumah kat kebun . duduk kat kampung . tapi masa tu mentaliti kami adik beradik sangat moden . duduk kampung tak best . takda pembangunan . tapi bila dah besar ni kami pulak yang beria nak duduk kampung . abah dengan mak ? kawan dah ramai pulak kat taman ni . sayang nak pindah :) aku ? duduk mana2 pun sama je asalkan ada internet ada astro . boleh hidup :p
ok sekian sahaja lawatan ke kebun abah . abah awak ada kebun tak ? nak tengok jugak boleh ? :)
p/s : BELA ARNAB . dalam perancangan .... huuuhuuu..


0 sakit gigi:
Post a Comment