:: friends , follow and go >.< TQVM TQVM !

My Photo
im the author of deqyalalink.blogspot.com 23RD y/o , female , UKM dental student 4th year who currently undergo her 1st degree (clinical year)...

Wednesday, June 29, 2011

AH EMO .. AH EMO .. AH EMO ..

aku di kuala lumpur . mungkin sudah 3 hari . sebab aku sampai hari isnin . dan hari ini hari rabu . aku masih tak tahu bila hendak pulang ke bumi maharani . esok barangkali . rindu kuala lumpur masih belum puas . cewah bajet gilarr ayat aku ! puitis la sangat padahal malas nak tulis . konon-konon sajak untuk orang malas macam aku heehee .



untuk pengetahuan . tajuk aku adalah Ah EMO .. AH EMO .. AH EMO .. tiada dalam kamus dewan bahasa dan pustaka pun . waima tidak sama langsung dengan tajuk lagu Ah rindu lagi nyanyian Amelina . kenapa aku Ah EMO ? haahaa ... harini tak emo pun .. ni emo hari isnin lepas . aku tak kira aku nak bgitau satu dunia jugak .



isnin : aku naik bas Mayang Sari dari Muar ke Kuala Lumpur . well macam biasa la sorang-sorang . tengah aku bersaboww menunggu bas datang , ada la sorang kakak ni takda la muka kerek pun ok2 je pada aku . sibuk-sibuk tanya makcik jual tiket, ada tak bas balik shah alam . aku dengar je sebab diorang berbual macam ada gempa bumi kat seblah, 10.0 skala ritcher . kuat nak mampus . semua orang duk pandang2 badak sumbu 2 ekor ni . aku mana boleh pandang , sebab kalau aku pandang , obvious sangat aku jengkel dengan perbuatan mereka.



nak dijadikan cerita , bas shah alam takda, paling awal pun pukul 12 . akak tu kecewa sebab dia nak balik shah alam cepat . so dia terpaksa la naik bas pergi KL and mintak berenti kat hentian Nilai , kat sana nanti ada la abang dia ambik . see, detail gila informasi yang aku dapat sebab apa ? sebab CERITA KUAT NAK MAM!



dalam bas : dia duduk sebelah aku . tapi bukan la sebelah sangat . seat yang dekat2 la jugak dengan aku . again , dia call semua orang yang berkait rapat dengan kelewatan dia sampai ke shah alam .



mula-mula kol abang dia :



"weh , aku dah naik bas . aku naik bas pergi kl . bas shah alam paling cepat pukul 12 la . aku naik sampai nilai nanti pakcik ni berenti kat nilai . ko ambik aku kat sana tau . aku kerja petang ni pukul 430. tau .ok bye"



next kol bos dia:



"hello boss . saya ni dari muar . saya balik kampung . saya sekarang dalam bas ni . tapi bas g kl la sbb bas shah alam paling awal pukul 12 . saya nanti berenti kat nilai , abanag saya ambik kat sana and dia hantar saya sampai shah alam . saya x janji sampai pukul berapa tapi klu cepat saya dtang kerja la ea. saya bukan ape saye nak beli tiket semalam tapi hujan lebat gile tak boleh nak melintas jalan. ok boss"



next kol member dia pulak :



"aku dalam bas ni . aku dari muar .aku balik kapung . aku naik bas kl sebab bas shah alam pun paling awal pukul 12 . aku berenti kat nilai nanti abang aku ambik hantar g shah alam . lblablabalabalabablba (sama je dialog nye pun adoi!)



aku duduk kat bas tu jauh la jugak dengan pemandu bas kan . tapi aku rasa dia berbual ni pakcik bas tu pun dengar kot ! dah nak sampai hentian nilai , tiba2 ada orang kol pompuan ni :



"aku dalam bas ni. hentian serdang? ok"



Hentian Nilai : pakcik bas pun jerit la : tadi sapa nak turun hentian nilai ? hentian nilai ?? ni hentian nilai ni!!



tau apa reaksi pompuan tu ? buat bodoh macam tak bersalah . penumpang lain semua dah tengok je kat pompuan tu . pergh aku pun siap hangin rasa nak tendang je pompuan tu sambil menjerit : WEII TADI KAU HADAP SANGAT NAK BENTI HENTIAN NILAI ! DAH TU KO BUAT MUKA SELENGE TU PASAIPA ??



Ah EMO AH EMO AH EMO ....(sesuai tak tajuk dengan cerita aku?)



sampai hentian serdang , pakcik ni berenti , baru la pompuan ni turun ....



TAMAT LA KISAH AH EMO AH EMO AH EMO AKU UNTUK KALI INI .



pengajaran : lainkali kalau nak tuka tempat berhenti pun inform la pakcik tuuu, cakap saya tak jadi turun nilai , saya nak berenti serdang . dah la kau cakap macam nak 1 bas ni dengor pastu buat muka tak bersalah ? perghh tak dapat aku maafkan . jumpa kau lagi dalam bas memang siap laaaaa..memang siap aku jerit NILAAIIII kuat2 kat ko tau !


bye .

3 sakit gigi:

dianamisri said...

off topik jap...partner ko dah bercerai ke?

blogtube said...

menarik ceritanya... 'hehehe!'
ada lagi buat citer lain plak ye 'nanti leh saya baca lagi!'

;thumb up; untuk artikel nie...


blog deqya tersenarai dalam list terjah bersama myobw...

Nur Hawa Mohd Zin said...

mmg skit gigi bace cerita ni...agaknya dia ada maslah pendengaran kot..hehe