Hari hari aku ada kelas pagi subuh gajah sampailah petang sebelum magreb baru balik rumah . sebelum magreb tu maksudnya dah masuk waktu asar tapi belum nak masuk maghrib . penat siot bila la nak menghadapi hidup sihat tanpa penat ni .
Malam tadi pun pukul 11 aku dah membuta . Alasannya sebab aku dah tak boleh membuta waktu petang , maka malam mesti nak tidur awal . bangun pulak subuh gajah . tak elok aku ni . mak mertua still sayang tapi kurang la hiuhiu .
Tapi harini penat gila bhaii ... Ingatkan ada kelas pukui 8 tapi rupanya kelas cancel dari pukul 8-10..wadewat men ?? habiskan 2 jam tu pun bukan buat kerja apa. tapi melepak mengumpat jek . Aktiviti paling digemari syaithoonirrojimmm ..
Sebenarnyaaa..petang akuu tu yang penatt.. turun naik aras 1 aras 2 masuk bilik plaster buat tu buat ni ahh sudahhh.. patah kaki 3 jam dirii jekk... memang tak sanggup la kalau aku mengandung ni mesti bukaan faraj aku dah 10cm ready nak terberanak je sebab penat gila . Nasib baik aku sayang kat Annie Lem Mei Sian.. Maka aku membantu dengan penuh keihlasannn sehingga ke titisan darah nifas yang terakhirr (in case kalau dah terberanak la)
Tiba-tiba tadi masa nak masuk bilik plaster, technician ortho yang bermuka manis itu (kahkah) menegur aku . Soleha, awak ni orang johor ke ? oohh yesss saye org johor la .. awatnyaa? Eh yekee... sama laa saya pun Johor.. Yey jumpa orang kampung.. (dia suka? oo ok ok) .. aku pun apa lagi , layan laaa kan sebab aku ni peramah terhadap orang2 yang manis ni kahkahh .. Dia tanya la aku johor kat mana bla3... Rupanya dia pun muooo jugakkk, tapi dia parit yusof aku parit jawa.. dekat la tu... masalahnya siap tanya aku lagi, eh awak bila nak balik kampung ? boleh la tumpang sekali . OO OK OK .. aku pun menjawab , x balik la busy nak masuk bilik plaster..jahat ek aku.. kata je peramah kat orang2 maniss...
Siapa yang muka manis2 boleh la tanya aku orang johor ke ? haa nanti aku eksaited jugak . OK ? byeee ...


